Ahad, 13 Mac 2016

kisah diri ini...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
    hi... saya ni newbie dalam blogger kalau boleh nak mintak tunjuk ajarku sifu yer kalau ada salah silap tang situ tang sini mungkin ada kesilapan dalam penulisan tanpa saya sedari.
Allahamdulillah... saya pun dah berkeluarga, mempunyai seorang isteri yang baik dan penyanyang. hasil perkhawinan ini, kami dikurniakan dua orang cahaya mata.. kedua-dua dari kaum hawa tau.haha.. yang sulong dah nak masuk 3 tahun dan si adiknya baru setahun lebih. kaum adam xde rezki lagi.. insyaAlah nextime tambah lagi sorang..hehe... saya tinggal di kay L.. al maklumlah bekerja makan gaji ni lagi2 kerja gomen macam saya kalau dapat arahan bertugas ke tempat lain so kena ikut lah.. cuma di kay L ni kos sara hidup agak tinggi berbanding di negeri lain.. bila duk sini.. sy terpikir untuk menambah pendapatan keluarga supaya kehidupan kami di kay L ni mampu untuk saya menyara keluarga terutama anak-anak yang makin membesar dan keperluan yang makin bertambah. isteri saya memang tak bekerja.. saya xsuruh dia bekerja cuma apa yang saya harapkan biarlah dia membantu saya sebagai suri rumah,tugas kat rumah jaga je  dan didik anak-anak supaya anak-anak saya tak terabai... walaupun saya kena bekerja keras saya harap kasih sayang pada anak2 x terabai. tugas hakiki ni pendapatan kecil jea..al kisahnya pada 2 tahun lepas, waktu tu lagi sebulan nak berpuasa dan kebetulan rakan pejabat ada bertanya"shafiq, ko xnak buat kerja sampingan ke,?? puasa dah nk dekat ni.. jual barang time ni laku, lgpn anak2 boleh  la beli pakaian branded ckit..  gaji ko ni kecik lg atleast balik kg raya nnt xde lah rasa terbeban duit keluar macam air? " time tu terpikir jugak.. hmm.. balik try bincang dengan orang rumah lah.. duit saving pun berapalah sangat.huhu..  bila dah bincang dgn isteri, dia setuju.. saya pun gugel lah mana tau ada supplier kuih muih sangup bagi  komisen pada saya jual  barang2 tanpa modal kepada kawan2 pejabat atau di fb..  senarai supplier ada dalam  2,3 list..saya pergi kerja macam biasa waktu pejabat jea.. tapi persaingan agak tinggi ramai sangat jual biskut raya pastu murah lagi berbanding saya amik komisen.jualan dorang lagi hebat.. homemade lagi.. mungkin dorang dah lama meniaga.. tambah pulak saya ni baru lagi.. saya pun balik rumah dengan perasaan hampa.. tiba2 sy terpikir kuih apa dorang jual..  dalam hati ni terpikir baik aku jual apa dorang tak jual...tapi jenis kuih atau biskut raya  jgk lah.. masa duk kaji tu.. rupanya jarang dengan dorang jual karipap mini dan popiah mini... ala.. nape dari haritu lagi aku tak terpikir.. adoi... kalau kat kg aku ni tentu laku.. masa tu pulak teringat pada makcik kat kampung memang buat karipap dan popiah mini dekat musim perayaan.. pegi topup 10 hinggit terus kol makcik mintak pendapat dorang.. ada sikit ayat pujuk memujuk ckit2 barulah dapat jugak jual kuih ni.. Alhamdulillah ya Allah.. rezki yang Engkau bagi sungguh tak ku jangka... jualan popiah dan karipap dapat sambutan dari jiran2, rakan2 pejabat dan melalui fb.. memang xjangka.. dari order sikit.. sekarang bertambah2.. karipap dan popiah ni masih lagi ikut tradisi.. tak pakai mesin.. 100 peratus hasil orang kampung..hehe.. ops lupa saya ni orang terengganu so popiah dan karipap intinya tentulah ikan tau .. ikan dari teganu memang fresh.. rasa manisnya ikan fresh lain nk dibandingkan ikan yang dijual di kay L.pos ada pakai bus atau cod dekat2 kay L ni saya hantar sendiri.. bisnes ni untuk perayaan je.. lepas raya dah xde sambutan. nk jadikan cerita kakak ipar datang ke rumah mintak jualkan kerepek ubi dan pisang dia.. 1st jual saya amik dlm 50 pack je..bila letak kat ofis je ramai yang datang beli. so stetiap bulan boleh lar tambah side income dlm 30-50 hinggit setiap jualan.. jika nk dibandingkan keuntungan dengan karipap dan popiah mini masa musim perayaan lagi untung berganda.. dengan bisnes yang ada sebelom ni pun dah kira syukur sangat2.. dari segi makan minum anak2 dan isteri tak terabai. Alhamdulillah.. kerja2 sambilan yang saya lakukan ni tak menjejaskan tugas hakiki saya dipejabat malah bnyk mendapat sokongan rakan2 sepejabat terutama inchas saya yang nak bersara lagi 2 tahun.. dia yang banyak bagi idea dan pendapat.. saya dah anggap dia seperti ayah sendiri.arwah ayah telah pegi meninggalkan saya sekerluarga pada tahun 2011. disitulah permulaan saya berdikari sendiri  tanpa bantuan seorang ayah.
suatu hari saya melayari internet semasa customer order online.. saya just buka page tambahan untuk mencari kerja2 partime atau freelance seperti orang macam saya ni keje waktu pejabat boleh buat. saya berkenalan secara online dengan seorang sahabat dari shah alam.. dia perkenalkan diri dan terus mengajak saya jika free datang ke hq untuk ditemuduga.. time tu pulak saya free so saya pergi ke hq di damansara untuk mendengar apa peluang kerja yang ditawarkan. pekerjaan yang dimaksudkan adalah dari consultant prudential BSN takaful. saya berasa sangat berminat untuk kerja sebagai ejen insuran. dari situ saya selalu ke kelas.. saya kena khatam bab insurans. tambah2 lagi sistem takaful dilaksanakan. so bersih dari sebarang riba' dan shubahah'.. pada mulanya saya fikirkan insuran ni konvesional sahaja. bila datang ke kelas memang wujud sistem kewangan islam dibawah badan syariah.konsepnya adalah menabung bersama-sama ahli untuk membantu ahli yang memerlukan dahulu.saya pergi ke takaful malaysia mengambil tarikh dan tempat exam takaful. exam takaful di open university kuala lumpur. selepas exam hasilnya result saya lulus dalam bidang takaful.. syukur sangat2..tinggal 1 paper lagi daripada malaysian institute di wisma simedarby kuala lumpur.. alhamdulillah result insurans pun lulus jugak..mungkin berkat saya berusaha bersungguh2 dan sentiasa sabar untuk mendorong semangat ni berkobar2 xjemu dan x putus asa. setelah cukup syarat2 barulah dilantik sebagai seorang ejen baru yang bertauliah dan ini adalah kerjaya saya bagi saya adalah niat untuk membantu kawan2 diluar sana atau sesiapa sahaja untuk memudahkan urusan mereka jika ditimpa musibah. terlebih dahulu saya akan mengajak mereka menjadi ahli untuk kebaikan masa akan datang..adalah syarat produk ini.  berbalik kepada manfaat tabungan insurans jadi bila wujud prubsn takaful apa yang kite simpan di prudential kita dilindungi pelbagai manfaat dan simpanan kite boleh digunakan balik apabila kite betul2 memerlukan. best kan?? beza x kalau simpan di bank, asb?? hanya dapat dividen jea kan?? bertahun tahun simpan tapi dividen je hasilnya.. memang berbeza.. yang penting kite dilindungi sambil menyimpan tanpa unsur riba'. yang penting prubsn takaful bukan standalone.. kalau sakit yang boleh menyebabkan kite x dapat bekerja kite xperlulah simpan lagi di prubsn takaful.. pihak prubsn takaful akan bayarkan.. so medical card akan jadi percuma mengikut terma dan syarat. hasil simpanan kite di prudential setelah pengiraan ditambah tolak caj2 pengurusan selebihnya adalah tabungan ahli.. kot2 nak bersara nak pakai duit nanti boleh la ambil balik yer..bila pencen ni ada antara kite anak baru nk sambung blaja so bnyak pakai duit.. okey.. serba sedikit saya cerita kat sini.. nanti saya akan cerita balik pasal manfaat ni yer. 
   terima kasih kepada yang membaca blog saya yang serba kekurangan ini.. jika ada tersalah, bahasa yang agak kasar digunakan saya memohon maaf sebarang kekurangan diri ini..  apa2 pertanyaan boleh lah hubungi saya whatssp/sms/digram di talian 011-16124353 shafiq secara personal atau fb pages: shoppe angah mansor atau email saya di prudentialbsn.takafullink@gmail.com.